Thursday 1 December 2011

PENYAKIT JANTUNG

PENYAKIT JANTUNG merupakan satu penyakit yang meragut nyawa berjuta-juta manusia pada setiap tahun. Ia menyerang secara tiba-tiba.. Bapa saya juga menjadi mangsa penyakit ini.. tanpa diduga perginya mengadap ALLAH dalam keadaan yang sihat.. Tidak pernah merungut yang beliau sakit atau tidak sihat. Begitu indah NIKMAT ALLAH yang bapa perolehi kerana tidak menyusahkan anak-anak dan sesiapa saja... Setengah orang sakit berbulan-bulan, bertahun-tahun baru puas kembali ke rahmatullah..


PENYAKIT JANTUNG berpunca utamanya ialah KOLESTROL. Apakah sebenarnya KOLESTROL??? Mengikut Wilkipedia....

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron. Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah. Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis. Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung). Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

ini adalah gambar jantung ihsan daripada HEART PICTURE

X-Ray Dada

KOLESTROL dalam badan dikeluarkan oleh hati, tetapi 20-30% daripadanya datang daripada makanan yang dimakan. Mengikut seorang pakar CLAUDIA WALLIS yang melaporkan dalam akhbar TIMES (keluaran Mac 1984) bahawa paras kolestrol yang tinggi dalam darah adalah merbahaya dan boleh mengakibatkanPENYAKIT JANTUNG

Monday 22 February 2010

MENGAPA PERLUKAN PEMAKANAN TAMBAHAN?

PEMAKANAN TAMBAHAN atau dikenali juga sebagai "supplements" adalah amat penting kepada kesihatan anda, terutama yang sudah menjangkau usia 40 ke atas. Banyak perkara yang perlu anda selidiki atau kaji, mengapa PEMAKANAN TAMBAHAN atau "supplements" amat diperlukan?

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui. Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imunisasi dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imunisasi yang lebih kuat. Sekiranya sistem imunisasi anda lemah, anda akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan tambahan memberi manfaat kepada anda. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan tambahan atau makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan anda hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh anda. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Anda memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk anda memperolehinya dari makanan harian. Jesteru anda perlu mengambil vitamin dan mineral tertentu untuk memperolehi kesihatan optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang anda ambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Bacaan tambahan Cara wanita lalui usia emas!

Monday 2 March 2009

MAKANAN TENTUKAN JANGKA HAYAT

PENUAAN memang tidak dapat dielakkan kerana ia proses semula jadi yang akan di alami oleh semua orang. Tabiat pemakanan tidak sihat bukan sahaja boleh mencacatkan penampilan, tetapi mampu mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dan membahayakan nyawa.Tahukah anda, pertambahan ukuran pinggang kepada 102 cm bagi lelaki dan 88 cm kepada perempuan adalah petanda awal penyakit jantung!.


Kajian menunjukkan kaum wanita dikenalpasti lebih terbuka dan gemar mendapatkan nasihat doktor, disamping mengamalkan pengurusan kesihatan yang baik berbanding kaum lelaki.Ramai lelaki di negara ini bukan sahaja tidak gemar berjumpa doktor, malah menganggap petanda awal penyakit yang menimpa mereka seperti pening dan demam sebagai gejala bias. Mereka lebih gemar mengambil tindakan sendiri dengan membiarkannya pulih sendiri atau mengmabil pil=pil yang dijual di kedai atau farmasi.

Friday 9 May 2008

RAHSIA AWET MUDA

Penampilan muda bagaikan menjadi misi kepada mereka yang tidak mahu menerima hakikat bahawa setiap manusia akan melalui proses penuaan. Ada yang sanggup berbelanja besar untuk kekal muda dengan membeli makanan lengkap yang dikatakan dapat mengekalkan "kemudaan".

Mengikut Tun Dr.Siti Hasmah, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir - menyatakan bahawa "untuk kekal muda hanyalah dengan melalui proses penuaan secara sihat.
Tua secara sihat bermaksud melalui proses penuaan tanpa masalah kesihatan yang serius dan sentiasa cergas.Penuaan tidak boleh dielakkan, tetapi boleh diperlahankan melalui beberapa kaedah:

- mengamalkan gaya hidup sihat iaitu:
i. Tidur secukupnya
ii.Bersederhana ketika makan
iii. Mengamalkan bersenam
iv. Menjaga berat badan
v. Elakkan alkohol dan tidak merokok.

- Penampilan juga dapat membantu menampakkan "kemudaan" seseorang

PENYAKIT DAN PENUAAN


Kemajuan dalam bidang perubatan sejak beberapa tahun ini telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang berteknologi tinggi, penyaluran air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapuskan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama.

Akan tetapi, masih terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik, seperti kanser, lemah jantung dan lain-lain penyakit yang berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imunisasi. Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan kematian sebagai suatu proses yang memakan masa panjang dan mahal serta menyakitkan pengidap dan juga "penjaga" orang tua berkenaan.

Persoalannya: Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit dan ketidakupayaan apabila usia makin meningkat?

Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul
apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan.

Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin
bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.

Bagaimana menangani radikal bebas?

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas.Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.

Kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati bahawa sumber terbaik anti-oksidan boleh diperolehi dari sejenis buah beri yang dinamakan Açai. Ia
mengandungi 33 kali lebih banyak anti-oksidan jika dibandingkan dengan anggur merah. Beri Açai telah dinobatkan sebagai salah satu dari "10 makanan hebat untuk menentang penuaan" di dalam rancangan Oprah Winfrey.

Terdapat beberapa produk pemakanan tambahan yang menggunakan beri Açai sebagai bahan utamanya. Ia digabungkan dengan beberapa buah-buahan lain yang mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ditambah dengan bahan-bahan lain untuk memperbaiki sistem badan yang telah rosak akibat serangan radikal bebas.

"CEGAH APA YANG BOLEH DICEGAH DAN LAMBATKAN APA YANG TIDAK BOLEH DIELAKKAN"

Tuesday 25 March 2008

ZULIA.Herbs&Nutritions




Hari ini saya terdengar ramai orang bercakap pasal "herbs" dan juga "nutritions". Di kedai-kedai buku juga banyak menjual buku-buku berkaitan "herbs" dan "nutritions". Kebanyakan buku-buku ini mahal-mahal belaka dan sama "standard" dengan buku-buku IT, bussiness study, pengurusan dan sebagainya. Lantaran itu, saya tergerak hati untuk menyediakan ruang penulisan tentang Herbs&Nutritions agar segala pengetahuan ini dapat disebarkan dan dijadikan panduan dalam menguruskan tentang kesihatan diri.
Melalui web ZULIA.Herbs&Nutritions , saya mengajak pembaca-pembaca yang banyak ilmu dalam bidang "herbs" dan juga "nutritions". untuk menulis di dalam blog ZULIA.Herbs&Nutritions . Pendapat dan pandangan pembaca amat dialu-alukan dan dihargai



Sebenarnya terlalu banyak herba yang sangat berguna untuk kesihatan. KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR

Banyak syarikat telah berjaya mengkomersialkan khasiat herba sehingga berjaya ke pasaran dunia.Dilihat dari segi sejarah mengenai penggunaan herba dalam penjagaan kesihatan memang terbukti sejak zaman dahulu lagi. Arus perkembangan sains dan teknologi sedikit sebanyak telah memisahkan herba dari masyarakat lantaran kepercayaan bahawa "penyakit hanya boleh disembuhkan dengan ubat" maka populariti herba semakin terhakis dan terus dilupai.

Untuk bacaan tambahan, boleh lawati laman web ini. KLIK DI SINI

SENARAI HERBA YANG BOLEH DICARI Ikut abjad A:

Akar Som - Talinum paniculatum
Akar Seratus
Ati-ati Merah - Plectranthus scutellariodes
Aji Samad - Jackia ornata
Asam Jawa/Celagi - Tamarindus indica
Avacado - Persea americana
AraTanah / Gelang Susu, Keremak Susu - Euphorbia hirta
Ara Songsangjavascript:void(0)
Publish Post
Akar Cerita
Akar Manis
Akar Sapuk Tunggul
Akar Tengkuk Biawak - Fagraea acuminatissima
Anggerik Kesumba
Ara Beringin - Ficus benjamina
Asam gelungur - Garcinia atrovirdis
Asam Paya
Ara Bumbong
Agav Sisal / Fukria - Agave sisalana
Alamanda Kuning - Allamanda cathartica




MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT
Klik sini -Laman kesihatan Maklumat sepenuhnya sila KLIK URL : KLIK SINI
BUSINESS OPPORTUNITY AFFILIATE PROGRAMS AND EARN MONEY ON-LINE
Your Ad Here