PEMAKANAN TAMBAHAN atau dikenali juga sebagai "supplements" adalah amat penting kepada kesihatan anda, terutama yang sudah menjangkau usia 40 ke atas. Banyak perkara yang perlu anda selidiki atau kaji, mengapa PEMAKANAN TAMBAHAN atau "supplements" amat diperlukan?
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui. Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imunisasi dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imunisasi yang lebih kuat. Sekiranya sistem imunisasi anda lemah, anda akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.
Jadi, pengambilan makanan tambahan memberi manfaat kepada anda. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan tambahan atau makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.
Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.
Walaupun metabolisma membuatkan anda hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh anda. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Anda memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk anda memperolehinya dari makanan harian. Jesteru anda perlu mengambil vitamin dan mineral tertentu untuk memperolehi kesihatan optimum.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang anda ambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.
Bacaan tambahan Cara wanita lalui usia emas!
Monday, 22 February 2010
MENGAPA PERLUKAN PEMAKANAN TAMBAHAN?
Labels:
Amway,
mineral,
nutrilite,
pemakanan tambahan,
penyakit jantung,
sistem imunisasi,
vitamin
Subscribe to:
Posts (Atom)
Klik sini -Laman kesihatan
Maklumat sepenuhnya sila KLIK URL : KLIK SINI